Wednesday, March 20, 2013

Mesyuarat Agung PPPM Cawangan Pahang 2013 & Jamuan Makan Malam

Tarikh : 8 Mac 2013 (Jumaat)
Tempat : Dewan Wawasan 2020, Awana Resort & Hotel, Genting Highlands
Perwakilan Daerah Temerloh :
1. Pengerusi - Datin Hjh Maznah bt Remali
2. Pesuruhjaya - Pn Maziah bt Mohamad
3. Penolong Pesuruhjaya - Cik Norhayati bt Hassan
4. Setiausah - Cik Nadiyah bt Yaakob
5. Penolong Setiausaha - Pn Syahnaz bt Shahabudin
6. Bendahari - Pn Norleyah bt Hassan
7. Pesuruhjaya Latihan - Pn Rusnani bt Awang
8. Pesuruhjaya Renjer - Pn Halisa bt Hashim
9. Penolong Pesuruhjaya Tunas - Pn Zakini bt Mamat
10. Pesuruhjaya Keahlian & Pendaftaran - Pn Zarina bt Aliman

Seramai 10 orang perwakilan Pandu Puteri Daerah Temerloh menghadiri Mesyuarat Agung Cawangan di Awana Resort & Hotel. Sedikit terkilan kerana YDP PPPM Cawangan Pahang iaitu Tengku Puan Pahang tidak dapat berangkat ke mesyuarat kali ini kerana gering. Pesuruhjaya Daerah Temerloh yang baru sebulan menjalankan tugas iaitu Pn Maziah telah menyuarakan pertanyaan kepada Ketua Pesuruhjaya berkaitan penangguhan Majlis Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri Pahang yang sepatutnya diadakan di Temerloh pada 3 Mac 2013 kerana masalah kesihatan Tengku Puan. Temerloh bersedia menjadi tuan rumah bagi majlis tersebut sekiranya keadaan Tuanku mengizinkan pada bila-bila masa kerana semua persediaan telah pun dibuat. Pandu Puteri Temerloh mendoakan semoga Tengku Puan Pahang segera pulih dan dapat  mencemar duli bagi bersama-sama menjalankan aktiviti bersama-sama pandu puteri pada tahun ini.
 
Perwakilan Pandu Puteri Daerah Temerloh bergambar bersama selepas mesyuarat

Pada sebelah malam, Jamuan Makan Malam WI bersama PPPM Cawangan telah diadakan di Dewan Wawasan 2020. Meriah sekali melihatkan kepelbagaian pakaian ahli-ahli WI pada malam tersebut. Aktiviti dan persembahan yang diadakan juga agak menarik. Setelah kenyang dan menyaksikan persembahan oleh ahli-ahli WI, lebih kurang pukul 11.30 malam, kesemua perwakilan Pandu Puteri Temerloh bertolak pulang ke Temerloh.
Jumpa lagi pada mesyuarat akan datang..

Bergambar semasa Jamuan Makan Malam

 

 

Mesyuarat Agung PPPMCP Daerah Temerloh 2013

Tarikh : 20 Mac 2013
Tempat : Dewan Wawasan, SMK Abu Bakar
Masa : 3.00 - 4.15 petang
Kehadiran Pemimpin : 58 orang

Terima kasih kepada semua guru pemimpin yang telah bersama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Temerloh bagi sesi kali ini. Namun begitu, Pengerusi Pandu Puteri Temerloh yang baru iaitu Datin Maznah binti Remali dan Pesuruhjaya baru, Puan Maziah binti Mohamad tidak dapat menghadiri mesyuarat kali ini kerana terikat dengan urusan lain.

Sesi pemilihan AJK baru bagi sesi 2013/2014 telah dibuat dan ahli mesyuarat sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sebahagian besar AJK sedia ada. Terima kasih yang tidak terhingga atas kepercayaan yang diberikan kepada semua AJK untuk meneruskan khidmat kami buat kesekian kalinya.

Pengisian mesyuarat adalah berkisarkan hal-hal pendaftaran keahlian bagi tahun 2013 dan juga membincangkan aktiviti daerah iaitu Karnival Pandu Puteri yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan April sebagai persediaan dan pemilihan peserta Karnival Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang pada awal Mei nanti.

Selain itu, guru-guru pemimpin diingatkan dapat menghantar senarai pendaftaran ahli secara 'online' dan menjelaskan pembayaran yuran kepada Bendahari selewat-lewatnya pada 1 April nanti.

Selamat berjumpa lagi pada Karnival Pandu Puteri Peringkat Daerah di SMK Seri Semantan...Insyaallah..