Wednesday, March 20, 2013

Mesyuarat Agung PPPMCP Daerah Temerloh 2013

Tarikh : 20 Mac 2013
Tempat : Dewan Wawasan, SMK Abu Bakar
Masa : 3.00 - 4.15 petang
Kehadiran Pemimpin : 58 orang

Terima kasih kepada semua guru pemimpin yang telah bersama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Temerloh bagi sesi kali ini. Namun begitu, Pengerusi Pandu Puteri Temerloh yang baru iaitu Datin Maznah binti Remali dan Pesuruhjaya baru, Puan Maziah binti Mohamad tidak dapat menghadiri mesyuarat kali ini kerana terikat dengan urusan lain.

Sesi pemilihan AJK baru bagi sesi 2013/2014 telah dibuat dan ahli mesyuarat sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sebahagian besar AJK sedia ada. Terima kasih yang tidak terhingga atas kepercayaan yang diberikan kepada semua AJK untuk meneruskan khidmat kami buat kesekian kalinya.

Pengisian mesyuarat adalah berkisarkan hal-hal pendaftaran keahlian bagi tahun 2013 dan juga membincangkan aktiviti daerah iaitu Karnival Pandu Puteri yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan April sebagai persediaan dan pemilihan peserta Karnival Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang pada awal Mei nanti.

Selain itu, guru-guru pemimpin diingatkan dapat menghantar senarai pendaftaran ahli secara 'online' dan menjelaskan pembayaran yuran kepada Bendahari selewat-lewatnya pada 1 April nanti.

Selamat berjumpa lagi pada Karnival Pandu Puteri Peringkat Daerah di SMK Seri Semantan...Insyaallah..

No comments: