Tarikh: 7, 8 & 9 Februari 2013 (Khamis-Sabtu)
Tempat: D'Selesa Homestay, Kg Bolok, Lanchang, Pahang
Jawatankuasa Induk / Urusetia:
Kem Komandan : Puan Rusnani bt Awang (SK Jenderak Selatan)
Pen. Kem Komandan : Puan Halisa bt Hashim (SMK Temerloh Jaya)
QM : Puan Adlin Rozieta bt Zakaria (SMK Abu Bakar)
JPC : Cik Norizah bt Mohd Yusof (SMK Kuala Krau)
Urusetia : Cik Nadiyah bt Yaakob (SMK Abu Bakar)
Urusetia : Puan Syahnaz bt Shahabudin (SMK Datuk Bahaman)
Jurulatih / Penguji :
En Sa'adon bin Mohamad (SMK Kuala Krau) - Hike
En Muhammad Khaizir bin Johar (SMK Datuk Bahaman) - Jurugambar
Pn Nur Hafizah Chung binti Abdullah (SMK Abu Bakar) - Lencana Kecekapan Pertolongan Cemas
Peserta : 36 orang
SMK Datuk Bahaman (9), SMK Temerloh Jaya (11), SMK Abu Bakar (11), SMK Kuala Krau (4)
Aktiviti:
| Istiadat Panji-panji | Hike | Ujian Pertolongan Cemas | Ujian Lencana Kecekapan: Juru Masak |
| Buku Log Pra Persetiaan | Buku Log Kelas Dua | Buku Log Tali Pekelilingan |
Pandu Puteri Temerloh rasa sangat bersyukur dan berbangga kerana program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan. Peserta-peserta yang terlibat telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi untuk menyiapkan dan melengkapkan buku log Pra Persetiaan, Kelas Dua dan Tali Pekelilingan sepanjang tempoh 3 hari 2 malam berada di D'Selesa Homestay.
Aktiviti Hike iaitu berjalan kaki sejauh 7 km yang berakhir di Deerland sambil mengkaji 6 jenis haiwan dan 6 jenis tumbuh-tumbuhan juga telah membuktikan para peserta mampu melakukannya walaupun cuaca panas dan memerlukan stamina dan kekuatan mental yang tinggi.
PP Temerloh juga sangat berbesar menerima kehadiran Pesuruhjaya PP Temerloh yang baru pada hari terakhir iaitu Puan Maziah (Pengetua SMK Seri Semantan) kerana sudi hadir untuk meninjau aktiviti peserta dan berkenal-kenalan. Beliau menyatakan perasaan bangga melihat kesungguhan peserta yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan diri sebagai calon penerima Anugerah Tali Pekelilingan sulong daerah Temerloh.
Selamat berjaya semua!
No comments:
Post a Comment