Monday, February 9, 2015

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir @ Sanggang 9 Feb 2015

Tarikh : 9 Feb 2015
Tempat : Dewan Kg Sanggang, Temerloh, Pahang

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) beserta Majlis Ugama Islam Pahang (MUI) telah menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Sanggang. 

DYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Iskandariah, DYTM Tengku Puan Besar Perak; Raja Mahani telah sudi mencemar duli berangkat ke majlis ini untuk menghulurkan bantuan secara 'face to face' kepada mangsa banjir. Turut sama pada sesi penyerahan bantuan ini ialah isteri PM iaitu YBhg Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri MB Pahang iaitu YBhg Datin Seri Diraja Junaini Kassim,
Seramai 1200 penerima telah mendapat bantuan berupa wang tunai RM200, set kelengkapam mencuci, pakaian, set solat dan selimut.
Selepas sesi penyerahan selesai, rombongan BAKTI dan Pandu Puteri telah melawat ke Kg Loyang Kg Sanggang Darat untuk melihat sendiri mangsa yang kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka telah dibawa arus. 

Ahli-ahli Pandu Puteri Temerloh bersama pemimpin telah bersama-sama bertugas dengan bersungguh-sungguh 2 hari sebelum hari penyerahan untuk membungkus barangan.  Apa yang pasti, masih terdapat lebih 4000 barangan yang akan diserahkan kepada mangsa di kawasan lain pada sei akan datang. Diharap semua pemimpin dan ahli pandu puteri Temerloh akan sentiasa sudi menabur budi dan berkhidmat. Terima kasih juga kepada Datin Maznah Remali, isteri Pegawai Daerah Temerloh selaku Pengerusi Pandu Puteri Temerloh kerana sangat-sangat membantu. 

Dari kiri; DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani dan YBhg Datin Seri Rosmah Mansor

 Tengku Puan Pahang bersalam-salam dengan rakyat jelata Sanggang yang menjadi mangsa banjir
sebelum berangkat ,eninggalkan majlis
 Sehari sebelum majlis penyerahan (8 Februari).. pemimpin dan ahli pandu puteri Temerloh berkumpul di Dewan Sanggang untuk menyiapkan bungkusan bantuan

Raja berjiwa rakyat..meja santapan VVIP turut menghidangkan juadah yang sama dengan meja jemputan serta mangsa-mangsa banjir iaitu nasi lemak... 

No comments: