Bermula 24 hingga 26 Jun lalu, PPPM Daerah Temerloh telah mengadakan perkhemahan di perkarangan kediaman rasmi Pegawai Daerah Temerloh. Ahli tunas, Remaja dan Renjer seramai 120 orang daripada 16 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah seluruh Temerloh telah berkampung di sini selama 3 hari 2 malam.
Pelbagai kemahiran kepanduan dan aktiviti berbentuk rekreasi telah dijalankan seperti istiadat panji-panji, ladam kuda, lingkungan, ikhtiar hidup, backwoodsman, permainan kim, menjahit sulaman (menengah), mendandan (rendah), membuat teddy bear, pelbagai jenis tepukan, lagu-lagu kepanduan, manito dan macam-macam lagi.
Diharapkan agar dengan berlangsungnya aktiviti sebegini dapat memberi idea kepada guru pemimpin untuk menjalankan aktiviti di sekolah masing-masing serta memberi ilmu kepada ahli pandu puteri tunas, remaja dan renjer untuk dikongsi bersama rakan-rakan pandu di sekolah kelak.
Pihak penganjur mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua urusetia dan AJK yang telah bertungkus lumus bersama-sama menjayakan aktiviti sepanjang perkhemahan supaya berjalan dengan lancar..Terima kasih dan salam kepanduan untuk semua..
No comments:
Post a Comment