Tempat : Wad Paediatrik (Melor 1 dan Melor 2), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HOSHAS).
Penyertaan : SMK Datuk Bahaman, SMK Abu Bakar, SMK Temerloh Jaya, SMK Paya Pulai, SMK Temerloh dan SMK Kuala Krau (sekolah menengah yang berdaftar)
Hari / Tarikh khidmat :
2 kali hari Sabtu (10 dan 24 September 2011)
2 kali hari Rabu (14 dan 24 September 2011)
Tarikh perasmian : 1 Oktober 2011 (Sabtu)
Perasmian Disempurnakan oleh : KDYTM Tengku Puan Pahang
Setiap sekolah bergilir-gilir datang ke wad berkenaan untuk melaksanakan khidmat kepada pesakit seperti aktiviti mewarna, bercerita, tuisyen, origami dan bermain. 'We Bring Cheers" @ 'Kami Membawa Keriangan' yang menjadi tema kali ini adalah diharapkan dapat membantu pesakit supaya tidak bosan berada di wad selain dapat berkenal-kenalan, berhibur, belajar dan ceria walaupun berada dalam keadaan yang tidak sihat dan kesakitan.
Khidmat Sesi 1 telah berlangsung pada 10 September 2011 (Sabtu). Seramai 40 orang ahli pandu puteri remaja dan renjer SMK Datuk Bahaman mengendalikan aktiviti mewarna bagi pesakit berusia 5 hingga 12 tahun.
..pesakit berusia 7 tahun yang patah tangan kiri tetapi sangat berbakat mewarna..
.. pesakit berusia 7 tahun yang mengalami demam dan cirit-birit..
.. 2 pesakit sedang bermain doh bersama ahli pandu puteri remaja..
.. ahli renjer memberikan kad berbentuk rama-rama sebagai tanda ingatan kepada staf di wad..
.. seorang pesakit asma berusia 4 tahun diajar mengenal gambar..
..ahli-ahli pandu puteri SMK Datuk Bahaman berlatarkan bangunan HOSHAS..
No comments:
Post a Comment