Monday, March 26, 2012

Dinner & Mesyuarat Agung Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang 2012

Pada 24 Mac 2012, bermula pukul 8 malam, pemimpin-pemimpin PPPM Cawangan Pahang telah diraikan dengan jamuan makan malam yang diadakan di Bukit Gambang Water Park.
Majlis jamuan ini dikelolakan bersama ahli-ahli Women Institute (WI). Majlis diserikan dengan pertandingan tarian tradisional oleh peserta WI, cabutan bertuah, penyampaian hadiah dan nyanyian. Tengku Puan turut menyanyikan beberapa buah lagu kegemaran baginda sebelum majlis berakhir pada pukul 12.15 tengah malam.

Pada keesokan harinya iaitu 25 Mac 2012, Mesyuarat Agung PPPM Cawangan Pahang pula diadakan di Bukit Gambang Resort City. Tengku Puan Pahang telah sudi mencemar duli untuk mepengerusikan mesyuarat yang bermula pada 10.30 pagi hingga 2.00 petang dan kemudian disusuli dengan jamuan makan tengahari di coffee house. Pandu Puteri Temerloh diwakili oleh Setiausaha iaitu Cik Nadiyah Yaakob (SMK Abu Bakar), Penolong Setiausaha iaitu Puan Syahnaz Shahabudin (SMK Datuk Bahaman) dan Pesuruhjaya Kelip-kelip/Pra Tunas iaitu Puan Zakini Mamat.



No comments: