Tarikh: 29, 30 & 31 Mac 2012 (Khamis-Sabtu)
Tempat: SK Jendarak Selatan, Kuala Krau
Jawatankuasa Induk / Urusetia:
Kem Komandan : Puan Rusnani bt Awang (SK Jenderak Selatan)
Pen. Kem Komandan : Puan Syahnaz bt Shahabudin (SMK Datuk Bahaman)
QM : Puan Halisa bt Hashim (SMK Temerloh Jaya)
QM : Cik Norizah bt Mohd Yusof (SMK Kuala Krau)
JPC : Cik Nadiyah bt Yaakob (SMK Abu Bakar)
Fasilitator :
Ahli jawatankuasa induk bersama guru-guru pengiring
Penyertaan : 48 orang
SMK Datuk Bahaman (10), SMK Temerloh Jaya (10), SMK Abu Bakar (12),
SMK Kuala Krau (7), SMK Kerdau (4), SMK Seri Tualang (7)
Aktiviti:
| Buku Log Pra Persetiaan | Kelas Dua: Larian Pengakap dan menyampaikan pesanan |
| Istiadat: Ladam Kuda, Panji-panji & Pelantikan | Kawad Kaki | Lagu-lagu | Ujian Pra Persetiaan |
| Ujian Lencana Kecekapan: Pelayan Tetamu | Permainan Kim & Tanda Mengesan | Khidmat |
"Akhirnya, berjaya juga capai impian setelah bertahun-tahun menyimpan angan-angan..",
Puan Rusnani (Kem Komandan) meluahkan rasa puas hatinya setelah selesai istiadat pelantikan seramai 48 orang ahli pandu puteri remaja dalam Bengkel Lencana Kecekapan Pandu Puteri Remaja yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Walaupun bengkel ini dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi sambutan penyertaan daripada enam buah sekolah menengah sangat memberangsangkan. Tujuan bengkel ini adalah bagi melaksanakan projek Tali Pekelilingan yang merupakan program julung-julung kali dilaksanakan oleh Pandu Puteri Temerloh.
Hasil desakan dan kehendak yang kuat dalam kalangan pemimpin dan semangat yang ditunjukkan oleh ahli pandu puteri, Alhamdulillah bengkel ini dapat direalisasikan dan berjalan dengan lancar. Susulan daripada bengkel ini, insyaalllah akan diadakan juga bengkel lanjutan bagi peserta terbabit untuk melaksanakan sebahagian lagi sukatan Kelas Dua dan Lencana Kecekapan dalam Lambang Rumah Kecil.
Diharapkan semua peserta bengkel kali ini dapat menyiapkan buku log Pra Persetiaan masing-masing dan mula membuat Buku Log Kelas Dua dan Buku Log Lambang Rumah Kecil. Semoga pengisian yang diperoleh dari bengkel kali ini akan dimanfaatkan oleh semua ahli dan pemimpin supaya sekolah masing-masing dapat menghantar calon penerima anugerah Tali Pekelilingan pada tahun hadapan.

Ucapan terima kasih buat semua ahli jawatankuasa induk yang telah bertungkus lumus sepanjang 3 hari tersebut dan tidak lupa juga kepada guru-guru pengiring yang telah membantu sebagai fasilitator
sepanjang pelaksanaan bengkel ini.
Semoga berjumpa lagi dalam bengkel dan acara pandu puteri yang akan datang.
No comments:
Post a Comment