Tempat : Dewan Wawasan 2020, Awana Resort & Hotel, Genting Highlands
Perwakilan Daerah Temerloh :
1. Pengerusi - Datin Hjh Maznah bt Remali
2. Pesuruhjaya - Pn Maziah bt Mohamad
3. Penolong Pesuruhjaya - Cik Norhayati bt Hassan
4. Setiausah - Cik Nadiyah bt Yaakob
5. Penolong Setiausaha - Pn Syahnaz bt Shahabudin
6. Bendahari - Pn Norleyah bt Hassan
7. Pesuruhjaya Latihan - Pn Rusnani bt Awang
8. Pesuruhjaya Renjer - Pn Halisa bt Hashim
9. Penolong Pesuruhjaya Tunas - Pn Zakini bt Mamat
10. Pesuruhjaya Keahlian & Pendaftaran - Pn Zarina bt Aliman
Seramai 10 orang perwakilan Pandu Puteri Daerah Temerloh menghadiri Mesyuarat Agung Cawangan di Awana Resort & Hotel. Sedikit terkilan kerana YDP PPPM Cawangan Pahang iaitu Tengku Puan Pahang tidak dapat berangkat ke mesyuarat kali ini kerana gering. Pesuruhjaya Daerah Temerloh yang baru sebulan menjalankan tugas iaitu Pn Maziah telah menyuarakan pertanyaan kepada Ketua Pesuruhjaya berkaitan penangguhan Majlis Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri Pahang yang sepatutnya diadakan di Temerloh pada 3 Mac 2013 kerana masalah kesihatan Tengku Puan. Temerloh bersedia menjadi tuan rumah bagi majlis tersebut sekiranya keadaan Tuanku mengizinkan pada bila-bila masa kerana semua persediaan telah pun dibuat. Pandu Puteri Temerloh mendoakan semoga Tengku Puan Pahang segera pulih dan dapat mencemar duli bagi bersama-sama menjalankan aktiviti bersama-sama pandu puteri pada tahun ini.
Perwakilan Pandu Puteri Daerah Temerloh bergambar bersama selepas mesyuarat
|
Pada sebelah malam, Jamuan Makan Malam WI bersama PPPM Cawangan telah diadakan di Dewan Wawasan 2020. Meriah sekali melihatkan kepelbagaian pakaian ahli-ahli WI pada malam tersebut. Aktiviti dan persembahan yang diadakan juga agak menarik. Setelah kenyang dan menyaksikan persembahan oleh ahli-ahli WI, lebih kurang pukul 11.30 malam, kesemua perwakilan Pandu Puteri Temerloh bertolak pulang ke Temerloh.
Jumpa lagi pada mesyuarat akan datang..
| Bergambar semasa Jamuan Makan Malam |