Sunday, March 12, 2017

SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA DAN MESYUARAT AGUNG PPPM CAWANGAN PAHANG 2017

TARIKH : 25 FEBRUARI 2017
TEMPAT : DEWAN TUN RAZAK, TEMERLOH, PAHANG
TEMA : GROW  #LETSGROW

Temerloh sekali lagu menjadi tuan rumah bagi Majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia selepas tahun 2014 yang diadakan di SMK Seri Semantan. Tugasan yang diamanatkan kepada PPPMCP Daerah Temerloh, telah berjaya digalas dan dilaksanakan dengan kerjasama yang erat di antara semua jawatankuasa terlibat sama ada pihak di bahagian pendidikan mahupun pejabat daerah, majlis perbandaran serta agensi-agensi lain. Terima kasih daun keladi!! Semoga perkenalan dan hasil usaha sama kita sentiasa diberkati..
Selamat Hari Peringatan Sedunia buat semua tetamu VVIP, LEC, pemimpin pandu puteri seluruh Pahang, ahli-ahli pandu puteri kelip-kelip, tunas, remeja dan renjer.
Let's Grow!

 Barisan penerima Anugerah Remaja/Calon Pandu Puteri Raja

Pemimpin pandu puteri Temerloh bergambar bersama KDYTM Tengku Puan Pahang

Sila layari FB untuk melihat gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1238392132922596.1073741831.100002554643846&type=3

Friday, January 15, 2016

Salam Tahun Baru....Cadangan Aktiviti Tahun 2016

BULAN /
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
PESERTA
JANUARI
15 Jan

16 Jan


30 Jan

Mesy AJK Daerah Kali 1

Mesy LEC 1
Mesy PJ 1

Bengkel Buku Log PP Remaja Kali 1


Kediaman DO




Kediaman DO






FEBRUARI
5 Feb

19-20 Feb

27 Feb

27 Feb

Mesy AJK Daerah Kali 2

Perkhemahan PP Remaja/Renjer Daerah

Bengkel Buku Log PP Remaja Kali 2

Sambutan Hari Peringatan Kebangsaan

Kediaman DO

Kediaman DO

Kediaman DO

MITC Melaka









40 orang
MAC
9 Mac

12-14 Mac

25-26 Mac

27 Mac

Mesyuarat Agung Daerah & Thinking Day

Cabaran Kulinari 1

Kursus Lanjutan Guru Pemimpin

Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Pahang & Sambutan Hari Peringatan


SMK Abu Bakar


IKIP

Jerantut

Jerantut





40 org (3+1)

10 org / daerah

20 org / daerah

APRIL
1-3 Apr

18-21 Apr



30 Apr – 2 Mei

Cuti Pek PP Tunas

Perkhemahan PP Remaja/Renjer

Cabaran IKIP 2

Kembara Keretapi
-          Pemimpin + Pengerusi Daerah


SK Jenderak Selatan

Maran

IKIP

KL – Padang Besar



40 org /daerah

20 orang

40 orang
MEI


Cabaran IKIP 3
Semakan Buku Log PP Tunas




JUN



18 Jun

Bungkusan Kasih Ramadhan bersama MBNP

Mesy LEC 2
Mesy PJ 2 & Majlis Berbuka Puasa





Shahzan, Kuantan

4 org / daerah
JULAI
15 Jul

24 Jul

Mesy AJK Daerah Kali 3

Karnival Pandu Puteri

Kediaman DO

Pekan



400 orang

OGOS
8-11 Ogos

31 Ogos

Perkhemahan PP Tunas

Perbarisan Hari Kebangsaan

Rompin

Temerloh / Kuantan


400 orang
SEPTEMBER
9 Sept

19-22 Sept



28 Sept

Mesy AJK Daerah Kali 4

WLDP – Sempena Sambutan 100 Tahun

Khidmat Hospital & Titian Emas

Karnival Pandu Puteri Daerah

Kediaman DO

Kuantan (a/bgsa)

Cameron Higlands

SMK Seri Semantan


OKTOBER
27-30 Okt

Cabaran Pandu Puteri Tunas Kebangsaan



NOVEMBER


Mesy LEC 3
Mesy PJ 3

Projek Bungkusan Kasih
Untuk Mangsa Banjir


Kuantan

DISEMBER
23-27 Dis

Centenary International Camp 2016
Tsing Lung Tau, HK, 300 USD


Hong Kong

PP Remaja & Renjer
**Catatan : Aktiviti Daerah Temerloh bertulisan BOLD

Monday, February 9, 2015

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir @ Sanggang 9 Feb 2015

Tarikh : 9 Feb 2015
Tempat : Dewan Kg Sanggang, Temerloh, Pahang

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) beserta Majlis Ugama Islam Pahang (MUI) telah menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Sanggang. 

DYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Iskandariah, DYTM Tengku Puan Besar Perak; Raja Mahani telah sudi mencemar duli berangkat ke majlis ini untuk menghulurkan bantuan secara 'face to face' kepada mangsa banjir. Turut sama pada sesi penyerahan bantuan ini ialah isteri PM iaitu YBhg Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri MB Pahang iaitu YBhg Datin Seri Diraja Junaini Kassim,
Seramai 1200 penerima telah mendapat bantuan berupa wang tunai RM200, set kelengkapam mencuci, pakaian, set solat dan selimut.
Selepas sesi penyerahan selesai, rombongan BAKTI dan Pandu Puteri telah melawat ke Kg Loyang Kg Sanggang Darat untuk melihat sendiri mangsa yang kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka telah dibawa arus. 

Ahli-ahli Pandu Puteri Temerloh bersama pemimpin telah bersama-sama bertugas dengan bersungguh-sungguh 2 hari sebelum hari penyerahan untuk membungkus barangan.  Apa yang pasti, masih terdapat lebih 4000 barangan yang akan diserahkan kepada mangsa di kawasan lain pada sei akan datang. Diharap semua pemimpin dan ahli pandu puteri Temerloh akan sentiasa sudi menabur budi dan berkhidmat. Terima kasih juga kepada Datin Maznah Remali, isteri Pegawai Daerah Temerloh selaku Pengerusi Pandu Puteri Temerloh kerana sangat-sangat membantu. 

Dari kiri; DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani dan YBhg Datin Seri Rosmah Mansor

 Tengku Puan Pahang bersalam-salam dengan rakyat jelata Sanggang yang menjadi mangsa banjir
sebelum berangkat ,eninggalkan majlis
 Sehari sebelum majlis penyerahan (8 Februari).. pemimpin dan ahli pandu puteri Temerloh berkumpul di Dewan Sanggang untuk menyiapkan bungkusan bantuan

Raja berjiwa rakyat..meja santapan VVIP turut menghidangkan juadah yang sama dengan meja jemputan serta mangsa-mangsa banjir iaitu nasi lemak... 

Wednesday, March 20, 2013

Mesyuarat Agung PPPM Cawangan Pahang 2013 & Jamuan Makan Malam

Tarikh : 8 Mac 2013 (Jumaat)
Tempat : Dewan Wawasan 2020, Awana Resort & Hotel, Genting Highlands
Perwakilan Daerah Temerloh :
1. Pengerusi - Datin Hjh Maznah bt Remali
2. Pesuruhjaya - Pn Maziah bt Mohamad
3. Penolong Pesuruhjaya - Cik Norhayati bt Hassan
4. Setiausah - Cik Nadiyah bt Yaakob
5. Penolong Setiausaha - Pn Syahnaz bt Shahabudin
6. Bendahari - Pn Norleyah bt Hassan
7. Pesuruhjaya Latihan - Pn Rusnani bt Awang
8. Pesuruhjaya Renjer - Pn Halisa bt Hashim
9. Penolong Pesuruhjaya Tunas - Pn Zakini bt Mamat
10. Pesuruhjaya Keahlian & Pendaftaran - Pn Zarina bt Aliman

Seramai 10 orang perwakilan Pandu Puteri Daerah Temerloh menghadiri Mesyuarat Agung Cawangan di Awana Resort & Hotel. Sedikit terkilan kerana YDP PPPM Cawangan Pahang iaitu Tengku Puan Pahang tidak dapat berangkat ke mesyuarat kali ini kerana gering. Pesuruhjaya Daerah Temerloh yang baru sebulan menjalankan tugas iaitu Pn Maziah telah menyuarakan pertanyaan kepada Ketua Pesuruhjaya berkaitan penangguhan Majlis Hari Peringatan Sedunia Peringkat Negeri Pahang yang sepatutnya diadakan di Temerloh pada 3 Mac 2013 kerana masalah kesihatan Tengku Puan. Temerloh bersedia menjadi tuan rumah bagi majlis tersebut sekiranya keadaan Tuanku mengizinkan pada bila-bila masa kerana semua persediaan telah pun dibuat. Pandu Puteri Temerloh mendoakan semoga Tengku Puan Pahang segera pulih dan dapat  mencemar duli bagi bersama-sama menjalankan aktiviti bersama-sama pandu puteri pada tahun ini.
 
Perwakilan Pandu Puteri Daerah Temerloh bergambar bersama selepas mesyuarat

Pada sebelah malam, Jamuan Makan Malam WI bersama PPPM Cawangan telah diadakan di Dewan Wawasan 2020. Meriah sekali melihatkan kepelbagaian pakaian ahli-ahli WI pada malam tersebut. Aktiviti dan persembahan yang diadakan juga agak menarik. Setelah kenyang dan menyaksikan persembahan oleh ahli-ahli WI, lebih kurang pukul 11.30 malam, kesemua perwakilan Pandu Puteri Temerloh bertolak pulang ke Temerloh.
Jumpa lagi pada mesyuarat akan datang..

Bergambar semasa Jamuan Makan Malam

 

 

Mesyuarat Agung PPPMCP Daerah Temerloh 2013

Tarikh : 20 Mac 2013
Tempat : Dewan Wawasan, SMK Abu Bakar
Masa : 3.00 - 4.15 petang
Kehadiran Pemimpin : 58 orang

Terima kasih kepada semua guru pemimpin yang telah bersama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Temerloh bagi sesi kali ini. Namun begitu, Pengerusi Pandu Puteri Temerloh yang baru iaitu Datin Maznah binti Remali dan Pesuruhjaya baru, Puan Maziah binti Mohamad tidak dapat menghadiri mesyuarat kali ini kerana terikat dengan urusan lain.

Sesi pemilihan AJK baru bagi sesi 2013/2014 telah dibuat dan ahli mesyuarat sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sebahagian besar AJK sedia ada. Terima kasih yang tidak terhingga atas kepercayaan yang diberikan kepada semua AJK untuk meneruskan khidmat kami buat kesekian kalinya.

Pengisian mesyuarat adalah berkisarkan hal-hal pendaftaran keahlian bagi tahun 2013 dan juga membincangkan aktiviti daerah iaitu Karnival Pandu Puteri yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan April sebagai persediaan dan pemilihan peserta Karnival Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang pada awal Mei nanti.

Selain itu, guru-guru pemimpin diingatkan dapat menghantar senarai pendaftaran ahli secara 'online' dan menjelaskan pembayaran yuran kepada Bendahari selewat-lewatnya pada 1 April nanti.

Selamat berjumpa lagi pada Karnival Pandu Puteri Peringkat Daerah di SMK Seri Semantan...Insyaallah..

Saturday, February 9, 2013

Bengkel Calon Anugerah Tali Pekelilingan Tahun 2013


Tarikh: 7, 8 & 9 Februari 2013 (Khamis-Sabtu)
Tempat: D'Selesa Homestay, Kg Bolok, Lanchang, Pahang

Friday, January 25, 2013

SALAM TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua ahli dan pemimpin Pandu Puteri!

Kami sangat mengalu-alukan penyertaan keahlian baru dalam kalangan 
sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Temerloh. 
Bagi sekolah-sekolah yang telah mendaftar pada tahun 2012, 
jangan lupa untuk membuat pendaftaran keahlian bagi tahun 2013. 
Borang keahlian dan maklumat pendaftaran boleh dimuat turun pada link Pendaftaran.

LINK TERBARU! 
Ahli dan pemimpin daerah Temerloh juga boleh mendapatkan uniform, aksesori dan peralatan 
Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada link Kedai.

Semoga pada tahun ini kita dapat bekerjasama sekali lagi untuk melaksanakan 
lebih banyak aktiviti di peringkat daerah. 

Selamat berjumpa lagi.